Tuesday, December 31, 2013

Peluang Menambah Pendapatan Dengan Hanya Klik

Memperkenalkan satu program yang sungguh mudah untuk mendapatkan wang dengan hanya klik. Tak perlu jual barang, pendaftaran percuma, tiada bayaran, tiada tipu muslihat, kerja sikit-sikit jer. Selepas register dah boleh buat duit cuma kena rajin klik dan copy paste.

Kelayakan: Ada facebook dan tau komputer sikit-sikit jer. Caranya mudah klik salah satu laman web di bawah dan ikut arahan seterusnya...


Anda akan dibayar RM30 atau USD10 setiap kali ada orang klik laman web anda. Tidak salah mencuba dan tak rugi pun. Cubalah sekarang...

Monday, December 30, 2013

Top 10: Individu Terkaya di Malaysia 2013

1. Robert Kuok Hock Nien

  • Dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru dan kini menetap di Hong Kong
  • Digelar sebagai Raja Gula Malaysia
  • Merupakan pemilik Syarikat Kerry Group/Kuok Group
  • Jumlah aset terkini: RM46.1 billion
2. T. Ananda Krishnan
  • Dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur
  • Merupakan Pengerusi & CEO Usaha Tegas Group Holdings Bhd di antara jenama terkenal ialah Maxis dan Astro
  • Jumlah aset terkini: RM32.90 billion
3. Tan Sri Teh Hong Piow
  • Dilahirkan pada 14 Mac 1930 di Singapura
  • Merupakan Pengerusi Public Bank Bhd
  • Jumlah aset terkini: RM13.73 billion
4. Tan Sri Quek Leng Chan
  • Dilahirkan pada tahun 1941 di Singapura
  • Merupakan Pengerusi Hong Leong Group
  • Jumlah aset terkini: RM11.09 billion
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
  • Dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah
  • Merupakan Pengasas Yayasan Al-Bukhary
  • Jumlah aset terkini: RM10.60 billion
6. Tan Sri Lee Shin Cheng
  • Dilahirkan pada tahun 1929 di Kuala Lumpur
  • Merupakan Pengerusi Eksekutif IOI Group
  • Jumlah aset terkini: RM10.56 billion
7. Tan Sri Lim Kok Thay
  • Dilahirkan pada tahun 1951, anak kedua kepada Pengasas Genting, Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong
  • Merupakan Pengerusi Genting Group
  • Jumlah aset terkini: RM8.12 billion
8. Puan Sri Lee Kim Hua
  • Dilahirkan pada tahun 1918 di China, balu kepada Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong
  • Merupakan Pemilik Genting Group
  • Jumlah aset terkini: RM7.24 billion
9. Tan Sri Tiong Hiew King
  • Dilahirkan pada tahun 1935 di Sibu, Sarawak
  • Merupakan Pengerusi Eksekutif Rimbunan Hijau Group
  • Jumlah aset terkini: RM6.35 billion
10. Ong Beng Seng
  • Dilahirkan pada tahun 1944 di Sabah
  • Merupakan Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Hotel Properties Ltd.
  • Jumlah aset terkini: RM4.02 billion

Sumber: Majalah Niaga edited by Writer

PM Umum 11 Langkah Penjimatan Kerajaan 2014

Perdana Menteri hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penjimatan perbelanjaan kerajaan bermula 1 Januari 2014. 11 langkah yang diumumkan itu dicapai setelah rundingan diadakan di antara Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.

Pemotongan elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10 peratus di antara langkah diambil bagi mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut PM langkah itu sebagai usaha kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun hadapan.

Antara langkah-langkah lain yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
  • Elaun keraian pegawai JUSA C akan dipotong sebanyak 5 hingga 10 peratus.
  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai JUSA C dan ke atas dikurangkan sebanyak RM50 - RM100 atau 30 peratus.
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
  • Mengetatkan perlantikan juru perunding bagi projek-projek fizikal kerajaan termasuk untuk tugas feasibility study.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan dan majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  • Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam.
  • Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) semasa persidangan, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimakan pengguanaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, bengkel dan latihan.
Sumber: Bernama

PKR - Bagaimana Anak Rosmah Beli Kondo RM110 juta?

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kemampuannya sehingga didakwa berupaya membeli hartanah bernilai RM110 juta di New York.

Rafizi berkata, Riza Shahriz, 36 tahun itu perlu mendedahkan bagaimana penerbit filem itu mendapatkan wang untuk membeli hartanah mewah tersebut dan identiti rakan niaganya.
Katanya, warga Malaysia pastinya mahu mengetahui siapa rakan niaga di belakang anak isteri perdana menteri itu.

Menurut Rafizi, anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak itu, langkah berkenaan akan dapat memperbaiki persepsi orang awam terhadap keluarga perdana menteri.

Katanya, masyarakat akan mendapat gambaran mengenai kehidupan Riza Shahriz sekiranya mengetahui bagaimana wang itu diperolehi.

"Saya yakin bukan wang simpanan walaupun dia simpan dari kecil dari ibunya, jadi kita tahu siapa pelabur beliau, yang begitu bermurah hati beri wang begitu banyak," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Rafizi ketika menjawab soalan wartawan berkata tidak logik bagi seorang pegawai pelaburan bank mengumpul wang yang cukup dengan hanya bekerja seperti itu.

"Umur sebaya saya, berdasarkan pendapatan saya sendiri, saya tahu berapa banyak pendapatan beliau sebagai 'pengurus pelaburan'.

"Beliau pernah kerja di KPMG dan HSBC London, paling banyak pun, beliau dapat GBP100,000 setahun, bulanan lebih kurang GBP8,000.

"Jika tolak pelan kesihatan, cukai pendapatan mungkin maksimum dapat jimat GBP3,000 pound sebulan, lebih kurang RM 150,000 setahun.
"Beliau kerja lapan tahun jadi terkumpul sepatutnya RM1.5 juta bukan RM110 juta," kata beliau.

Laporan laman Sarawak Report menyebut, anak lelaki Rosmah  daripada perkahwinan terdahulu itu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York itu pada 19 November tahun lalu.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Sumber: Malaysiakini.com

Rahsia Keajaiban Buah Syurga

Jus Delima adalah sumber yang kaya dengan kandungan 'Phytochemical' untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna. Ia bukan sahaja merendahkan tekanan darah dan mengurangkan tahap sesak nafas (altherosclerosis) malah jus delima juga bagus untuk mengelakkan perubahan jantung yang ditumbuhi tumor.

Kebaikan Jus Delima BioDelima:

  • membantu menstabilkan paras kolesterol
  • mempunyai tahap anti oksidaan yang tinggi
  • membantu menyihatkan jantung
  • membantu merangsang dan menguatkan tenaga batin
  • membantu menguatkan sistem pertahanan badan
  • membantu menstabilkan paras gula dalam darah
  • membantu mengelakkan kelenjar prostat
  • membantu melawan kanser payudara
  • membantu menstabilkan tekanan darah
  • membantu menguatkan kesihatan gigi
  • membantu menguatkan daya ingatan
  • membantu menghalang kemasukan virus HIV-1 dan microbicide
  • membantu tumbesaran otak bayi
  • membantu melawan penyakit gout
  • membantu mengelak penyakit awal pagi (alahan ibu mengandung)
  • membantu mencantik dan merawat kulit

Untuk maklumat lanjut:

Pn Laili Azura
No. Tel: 013-6644175 (Bt. 6, Kuantan)

Tips Penjagaan Mata Cara Rasullullah S.A.W

Alhamdulilah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita melihat semua keagungan ciptaan-Nya. Hanya dengan pancaraindera kita mata, maka segala keindahan anugerah ciptaan-Nya dapat kita lihat dan nikmati. Bayangkan sekiranya kita tidak dikurniakan nikmat melihat sudah tentu kita berada dalam kegelapan. Rasullulah SAW mengajar doa untuk memohon rahmat Allah swt agar dipelihara nikmat penglihatan : 
"Ya Allah, kurniakan kami kemampuan untuk menikmati dengan pendengaran kami, penglihatan kami, dan kekuatan kami apa yang telah engkau izinkan dalam hidup kami. Jadikanlah semua itu pewaris daripada kami."(riwayat at-Tirmidzi)

Nikmat yang tidak Terbeli 

Dengan memiliki mata yang sihat anda dapat melihat dengan jelas dan tidak mengalami sakit mata. Orang yang memiliki mata yang sihat berupaya menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan, dan jarak antara objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri. 

Memelihara kesihatan mata bererti kita memelihara ketajaman penglihatan. Dengan penglihatan ini dapat kita mengetahui dan sedar kedudukan kita dengan objek persekitaran. Ia dapat kita mengimbangi badan untuk memudahkan kita bergerak. 

Gangguan pada salah satu fungsi penglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara gejalanya seperti pening kepala, mata berair, hilang tumpuan dan sebagainya. 

Sering terdedah kepada bakteria, udara tercemar , dan angin menyebabkan mata berisiko mendapat jangkitan, kelesuan mata, kecederaan dan serta alahan. 



Bercelak

Sebenarnya Rasullulah SAW sendiri sangat menjaga kesihatan mata. Baginda mempunyai cara tersendiri bagi menjaga kesihatan mata iaitu dengan memakai celak. 

Rasullulah SAW bersabda :"Bercelaklah kamu dengan ithmid (kerana ianya) mencerahkan pandangan , dan melebatkan rambut." (riwayat at-Tirmidzi) 

Ada riwayat lain menjelaskan Rasullulah SAW memakai celak tiga kali pada mata kanan dan kiri sebelum tidur. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar :"Rasullulah SAW sentiasa memakai celak dengan batu celak setiap malam sebelum baginda tidur. 

Baginda memakai celak pada kedua matanya sebanyak 3 kali goresan."(riwayat Ibn Majah)

Ibn Abas menjelaskan bahawa Rasullulah SAW mempunyai tempat celak Baginda sendiri:"Nabi memiliki tempat celak dan Baginda bercelak dengannya 3 kali di tiap-tiap matanya." (riwayat Ibn Majah)

Sememangnya Rasullulah SAW melarang lelaki menyerupai wanita dan melarang wanita menyerupai lelaki. Walau bagaimanapun , memakali celak harus bagi lelaki dan wanita. 

Rasullulah SAW tidak mewajibkan memakai celak kepada umatnya tetapi ia lebih dilihat sebagai satu bentuk galakan. 

Celak yang terbaik adalah daripada bahan bernama ithmid. Rasullulah SAW bersabda :"Sesungguhnya celak terbaik untuk kamu pakai ialah al-ithmid(batu celak). Ia mampu menajamkan pandangan mata dan menumbuhkan rambut." (riwayat an-Nasa'i)

Jaga Matamu 

Banyak faktor yang menyebabkan mata rosak, antaranya : 

  • Banyak menonton televisyen dalam jarak dekat . Jarak seseorang dengan televisyen sepatutnya hendaklah melebihi 2 meter. 
  • Menghadap komputer terlalu lama. Sekiranya seseorang itu memang berkerja mengadap komputer, ambillah masa untuk melihat objek lain bagi merehatkan mata. Contohnya setelah sejam atau 2 di depan komputer berhenti sekejap dan lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar. 
  • Membaca buku dalam jarak yang dekat atau berbaring. Jarak yang selamat apabila membaca buku ialah 30 cm daripada buku. Jika terlalu dekat ia akan menjadikan mata tegang dan mengakibatkan rabun jauh untuk jangka masa panjang.

Gerakan TURUN Kos Sara Hidup



1. Waktu ini kecoh diperkatakan mengenai himpunan yang akan diadakan untuk mengguling kerajaan pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Media arus perdana dan kerajaan sibuk menayangkan berita-berita pertubuhan sama ada parti politik atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis membantah perhimpunan tersebut diadakan.

2. Sehingga artikel ini ditulis, polis mengesahkan menerima lebih 1000 laporan polis berhubung protes guling tersebut. Polis akan bertindak untuk menahan dan menangkap individu yang nekad mengadakan himpunan guling kerajaan tersebut dan berdepan hukuman 20 tahun penjara. Itu kata polis lah.

3. Himpunan untuk guling kerajaan sedia ada dan himpunan untuk protes kenaikan kos sara hidup ialah dua perkara berbeza. Jauhnya seperti langit dan bumi. Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) ialah sebuah gerakan yang dipelopori oleh golongan anak muda untuk protes hal kesengsaraan hidup yang dialami oleh negara kita sekarang ini. Gerakan ini bukan pertubuhan mana-mana di bawah parti politik atau NGO tetapi satu platform yang mengajak orang ramai turun berhimpun untuk menyatakan bantahan kenaikan kos sara hidup di atas tindakan polisi-polisi kerajaan yang berat sebelah dan tidak adil dan membebankan rakyat.

4. Himpunan guling kerajaan yang diwar-warkan oleh media arus perdana terutamanya kerajaan menganggap sebaliknya. Kenyataan yang paling ekstrem pun dibuat oleh seorang pemuda di Sarawak dalam facebooknya yang nyata mengajak orang untuk menggulingkan kerajaan. Budak tu pun dah kena tangkap dan disoal siasat.

5. Saudara Azan Safar, Pengerusi Gerakan TURUN turut disoal siasat oleh polis tetapi telah dibebaskan kerana ternyata gerakan yang ingin dilaksanakan bukan untuk mengguling kerajaan.

Photo

6. Kenaikan harga petrol, gula, tol (Januari 2014), tarif elektrik (Januari 2014) dan GST (pada 2015) menyebabkan kenaikan kos sara hidup yang tidak sepadan dengan pendapatan. Golongan yang teruk menerima tempias ialah golongan menengah dan bawahan. Golongan marhaen ini yang rata-rata pendapatan di bawah RM3000  amat terasa beban hidup terutama mereka yang menetap di bandar-bandar.

7. Kerajaan tanpa berfikir panjang telah meragut kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi tegar yang masih dibuai mimpi indah janji manis dalam manifesto mereka dalam Pilihanraya Umum 2013 yang lalu yang ternyata adalah tipu belaka.

8. Langkah kerajaan yang meletakkan beban kepada rakyat bagi menampung duit yang tidak cukup dan hilang dalam kantung kerajaan adalah satu langkah silap yang dijangka akan menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan pada pilihanraya akan datang.

9. Mana taknya, duit yang ada telah digunakan dalam PRU13 dan sekarang tibalah masa untuk ambil balik apa yang telah diberi kepada rakyat. Ketirisan dalam akaun yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara dipandang sepi yang mana objektifnya ialah untuk menutup kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin-pemimpin negara.

10. Ayuh kita bangun menyatakan sokongan bagi gerakan ini. Nyatakan ketidakpuashatian anda dengan sama-sama turun berhimpun untuk protes kenaikan kos sara hidup dan bukannya untuk guling kerajaan.

Mohamad Khir
30/12/2012

Sunday, December 29, 2013

Kehidupan Berumahtangga

Hidup berfamily sangat mencabar. Kalau tak sabar dengan ujian dan cabaran rasanya boleh runtuh mahligai yang dibina di tengah jalan. Suami isteri harus bekerjasama dalam mengharungi segala susah payah hidup berumahtangga. Suami perlu faham tanggungjawabnya sebagai Ketua Keluarga. Mencari nafkah adalah sebahagian main task yang wajib diselesaikan. Nafkah pula ada zahir dan batin. Nafkah zahir memberi makan, pakai, menyediakan tempat tinggal dan keperluan kebendaan lain.

Nafkah batin pula memberi kasih sayang yang secukupnya kepada isteri. Isteri ialah teman sehidup semati yang perlu berkorban apa sahaja kepada suaminya asalkan tidak melanggar hukum syarak dan batas-batas hak mereka sebagai seorang isteri. Isteri yang baik ialah yang dapat menguruskan rumahtangga dan menjaga kehormatan suami. Tidak menceritakan keburukan suami atau keluarga kepada orang lain.

Anak-anak adalah anugerah Allah Taala kepada suami isteri. Anak-anaklah yang mengeratkan hubungan suami isteri. Didikan yang sempurna adalah menjadi tanggungjawab ayah dan ibu supaya anak-anak menjadi insan yang berguna di kemudian hari. Yang penting anak-anak soleh yang dapat mendoakan kesejahteraan apabila kita tiada nanti.

Semua mengharapkan untuk mendapat kebahagiaan dalam rumahtangga. Tetapi bahagia perlu dicari bukan mengharap sahaja. Bahagia yang sebenar adalah yang mendapat keredhaan daripada Allah Taala. Berusahalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kekayaan dan kebendaan bukanlah kebahagiaan. Walaupun ia alat untuk kesenangan hidup tetapi bahagia yang sebenar adalah mendapat keberkatan dalam hidup berumahtangga.

Mohamad Khir
29/12/2013

Friday, June 14, 2013

Felda, FGVH dan Peneroka

1. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau Federal Land Development Authority (FELDA) ditubuhkan pada 1956. Raja Mohd Alias merupakan Pengerusinya yang pertama. Idea oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak ini mempunyai objektif serampang dua mata iaitu memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah dan membasmi kemiskinan terutamanya kepada orang-orang Melayu Bumiputera.

2. FELDA semasa asal penubuhannya dengan bajet RM10 juta memfokus kepada tanaman getah dengan membuka tanah rancangannya yang pertama di Lurah Bilut, Pahang. Tanaman kelapa sawit yang pertama telah dibuka pada 1961 menyahut seruan kerajaan untuk mempelbagaikan hasil tanaman pertanian dan mengelak daripada kebergantungan kepada hasil dan turun naik harga getah di pasaran dunia. Sehingga kini, FELDA telah membuka seluas 811,140 hektar (2,004,400 ekar) tanaman sawit yang kini diuruskan oleh Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

3. Pada tahun 2012, saham Felda melalui FGVH telah diapungkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan merupakan IPO (Initial Public Offering) kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Pelbagai cerita dan spekulasi mengenai FGVH ini kita dengar melalui berita di media massa dan internet.

4. Peneroka asal di Lurah Bilut semasa mula-mula membuka tanah rancangan Felda yang pertama menghadapi pelbagai rintangan dan kesusahan. Mereka terpaksa menyesuaikan diri hidup di tempat baru yang berlainan sama sekali berbanding di kampung halaman masing-masing. Mereka perlu mengusahakan tanah baru yang asalnya adalah hutan belantara. Kemudahan seperti air dan elektrik terbatas sama sekali. Jalan masuk ke tanah rancangan seperti jalan-jalan lori balak seperti di kawasan pembalakan, lecah, kotor dan berdebu.

5. Peneroka diberikan tapak rumah seluas 0.25 ekar dan ladang seluas 10 ekar ditanam dengan getah atau kelapa sawit atau koko atau tebu. Selepas tanaman mengeluarkan hasil, pendapatan yang diterima akan ditolak bagi Bayaran Kembali (BK) dan kos Tanam Semula (TS). Kebiasaannya selepas 20 tahun peneroka akan mendapat hakmilik tanah dan rumah masing-masing.

6. Selepas mendapat hakmilik peneroka boleh sama ada mengusahakan ladangnya sendiri atau menyerahkan kepada pihak Felda untuk mengusahakan seperti biasa. Jika diserahkan kepada Felda pengurusan lebih terjamin tetapi keuntungan dibahagi dua. Mengusaha ladang sendiri memang menguntungkan tetapi perlu pengawasan yang lebih rapi. Kebanyakan ladang tanaman kini tidak lagi diusahakan oleh warga peneroka tetapi oleh tenaga import daripada Indonesia dan Bangladesh, sama ada usaha sendiri atau Felda.

7. Generasi Pertama semakin tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja ladang yang berat seperti memotong tandan, mengangkat tandan, membaja, membersihkan tanah ladang dan sebagainya yang semestinya memerlukan tenaga muda dan segar.

8. Generasi Kedua yang terdiri daripada anak-anak peneroka kebanyakannya tidak tinggal di Felda dan sudah tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan kerja-kerja bapa-bapa mereka. Bagi yang berpelajaran sudah tentu tidak akan kembali semula ke tempat asal mereka. Yang tinggal mereka-mereka yang tidak berpelajaran yang menetap di tanah rancangan meneruskan langsung survival orang tua mereka. Tidak juga, yang tidak berpelajaran pun ada yang tidak tinggal di tanah rancangan tetapi selesa mencari rezeki di bandar.

9. Mungkinkah tanah-tanah ini akan tergadai oleh pemikiran yang sempit yang datangnya daripada idea-idea kapitalisma. Pengurusan yang lebih telus dan sistematik tanah rancangan Felda perlu diberikan perhatian serius oleh pihak pengurusan atasan Felda dan kerajaan. Menterinya mahupun Pengerusinya perlu memikirkan survival dan relevancynya tanah rancangan ini pada masa hadapan.

Mohamad Khir
14/6/2013

KampungKu - Chini

Kampung adalah tempat kita dilahirkan, dibesarkan dan kita menerima kasih sayang. Walaupun aku dilahirkan di Kampung Acheh di daerah Pekan di dalam negeri Pahang, tetapi aku dibesarkan di Tanah Rancangan Felda Chini 2 dalam Gugusan Chini. Abah dan emak telah menetap di Chini sejak tahun 1982. Abah pada mulanya bekerja sebagai jaga di Kilang Sawit Felda Chini 1. Kemudian memohon tanah rancangan Felda yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu miskin dan tidak mempunyai tanah untuk survival dan berdikari mewujudkan generasi sendiri.

Peneroka yang berjaya dalam temuduga akan diberi rumah kayu di atas tanah lot berukuran 0.25 ekar (standard tanah rumah Felda) dan tanah ladang sama ada ditanam dengan getah atau kelapa sawit (dalam kes Abah - sawit) berkeluasan 10 ekar. Kerja-kerja awal peneroka adalah menanam pokok sawit, membersihkan kawasan ladang, membaja dan memastikan anak-anak pokok sawit membesar dan selepas 2 tahun menuai hasilnya. Kerja-kerja ini dilakukan secara bergotong royong dan selepas tanaman telah mengeluarkan hasil, peneroka perlu menjaga ladang masing-masing bagi mendapatkan pengeluaran optimum.

Felda Gugusan Chini merupakan sebahagian projek Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Nama Chini diambil bersempena dengan nama Tasik Chini yang berhampiran dengan gugusan tanah rancangan ini. Lagenda Naga Tasik Chini yang terkenal itu turut mempopularkan Tasik Chini sebagai tempat menarik di negara ini. Malah, Felda Chini juga menerima tempiasnya sebagai pekan terdekat untuk mendapatkan barangan keperluan bagi pusat pelancongan tersebut.

Setelah hampir 35 tahun, Chini pada tahun 2013 telah membangun dengan pesat dengan terbinanya Kolej Felda dan Pusat Tenun Sutera Pahang. Rumah-rumah peneroka tidak lagi beratapkan zink dan berdindingkan kayu seperti asal tetapi telah diubahsuai dengan batu-bata bak mahligai indah seperti banglo. Deretan kedai semakin bercambah seperti cendawan selepas hujan. Ladang-ladang telah ditanam semula. Peneroka-peneroka juga telah mendapat hakmilik rumah dan tanah masing-masing hasil penat lelah membanting tulang selama 35 tahun. Kini terserahlah kepada Generasi Kedua mencorak dan menjadikan tanah rancangan tempat yang lebih baik daripada generasi terdahulu.

Aku sebagai generasi kedua dan anak Felda merasakan terpanggil untuk mengenang kembali jerit perih kesusahan abah dan emak membesarkan aku dan adik-adik ku di tanah rancangan sehingga menjadi Manusia. Bagaimanakah lanskap dan kehidupan di tanah rancangan selepas 30 tahun akan datang? Adakah ladang-ladang getah dan sawit diusahakan oleh generasi kedua atau mat-mat indon dan bangla bermaharajalela?

Mohamad Khir
13/6/2013