Monday, December 30, 2013

PM Umum 11 Langkah Penjimatan Kerajaan 2014

Perdana Menteri hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penjimatan perbelanjaan kerajaan bermula 1 Januari 2014. 11 langkah yang diumumkan itu dicapai setelah rundingan diadakan di antara Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.

Pemotongan elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10 peratus di antara langkah diambil bagi mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut PM langkah itu sebagai usaha kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun hadapan.

Antara langkah-langkah lain yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
  • Elaun keraian pegawai JUSA C akan dipotong sebanyak 5 hingga 10 peratus.
  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai JUSA C dan ke atas dikurangkan sebanyak RM50 - RM100 atau 30 peratus.
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
  • Mengetatkan perlantikan juru perunding bagi projek-projek fizikal kerajaan termasuk untuk tugas feasibility study.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan dan majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  • Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam.
  • Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) semasa persidangan, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimakan pengguanaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, bengkel dan latihan.
Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment