Monday, December 30, 2013

Gerakan TURUN Kos Sara Hidup



1. Waktu ini kecoh diperkatakan mengenai himpunan yang akan diadakan untuk mengguling kerajaan pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Media arus perdana dan kerajaan sibuk menayangkan berita-berita pertubuhan sama ada parti politik atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis membantah perhimpunan tersebut diadakan.

2. Sehingga artikel ini ditulis, polis mengesahkan menerima lebih 1000 laporan polis berhubung protes guling tersebut. Polis akan bertindak untuk menahan dan menangkap individu yang nekad mengadakan himpunan guling kerajaan tersebut dan berdepan hukuman 20 tahun penjara. Itu kata polis lah.

3. Himpunan untuk guling kerajaan sedia ada dan himpunan untuk protes kenaikan kos sara hidup ialah dua perkara berbeza. Jauhnya seperti langit dan bumi. Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) ialah sebuah gerakan yang dipelopori oleh golongan anak muda untuk protes hal kesengsaraan hidup yang dialami oleh negara kita sekarang ini. Gerakan ini bukan pertubuhan mana-mana di bawah parti politik atau NGO tetapi satu platform yang mengajak orang ramai turun berhimpun untuk menyatakan bantahan kenaikan kos sara hidup di atas tindakan polisi-polisi kerajaan yang berat sebelah dan tidak adil dan membebankan rakyat.

4. Himpunan guling kerajaan yang diwar-warkan oleh media arus perdana terutamanya kerajaan menganggap sebaliknya. Kenyataan yang paling ekstrem pun dibuat oleh seorang pemuda di Sarawak dalam facebooknya yang nyata mengajak orang untuk menggulingkan kerajaan. Budak tu pun dah kena tangkap dan disoal siasat.

5. Saudara Azan Safar, Pengerusi Gerakan TURUN turut disoal siasat oleh polis tetapi telah dibebaskan kerana ternyata gerakan yang ingin dilaksanakan bukan untuk mengguling kerajaan.

Photo

6. Kenaikan harga petrol, gula, tol (Januari 2014), tarif elektrik (Januari 2014) dan GST (pada 2015) menyebabkan kenaikan kos sara hidup yang tidak sepadan dengan pendapatan. Golongan yang teruk menerima tempias ialah golongan menengah dan bawahan. Golongan marhaen ini yang rata-rata pendapatan di bawah RM3000  amat terasa beban hidup terutama mereka yang menetap di bandar-bandar.

7. Kerajaan tanpa berfikir panjang telah meragut kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi tegar yang masih dibuai mimpi indah janji manis dalam manifesto mereka dalam Pilihanraya Umum 2013 yang lalu yang ternyata adalah tipu belaka.

8. Langkah kerajaan yang meletakkan beban kepada rakyat bagi menampung duit yang tidak cukup dan hilang dalam kantung kerajaan adalah satu langkah silap yang dijangka akan menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan pada pilihanraya akan datang.

9. Mana taknya, duit yang ada telah digunakan dalam PRU13 dan sekarang tibalah masa untuk ambil balik apa yang telah diberi kepada rakyat. Ketirisan dalam akaun yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara dipandang sepi yang mana objektifnya ialah untuk menutup kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin-pemimpin negara.

10. Ayuh kita bangun menyatakan sokongan bagi gerakan ini. Nyatakan ketidakpuashatian anda dengan sama-sama turun berhimpun untuk protes kenaikan kos sara hidup dan bukannya untuk guling kerajaan.

Mohamad Khir
30/12/2012

1 comment: