Sunday, December 29, 2013

Kehidupan Berumahtangga

Hidup berfamily sangat mencabar. Kalau tak sabar dengan ujian dan cabaran rasanya boleh runtuh mahligai yang dibina di tengah jalan. Suami isteri harus bekerjasama dalam mengharungi segala susah payah hidup berumahtangga. Suami perlu faham tanggungjawabnya sebagai Ketua Keluarga. Mencari nafkah adalah sebahagian main task yang wajib diselesaikan. Nafkah pula ada zahir dan batin. Nafkah zahir memberi makan, pakai, menyediakan tempat tinggal dan keperluan kebendaan lain.

Nafkah batin pula memberi kasih sayang yang secukupnya kepada isteri. Isteri ialah teman sehidup semati yang perlu berkorban apa sahaja kepada suaminya asalkan tidak melanggar hukum syarak dan batas-batas hak mereka sebagai seorang isteri. Isteri yang baik ialah yang dapat menguruskan rumahtangga dan menjaga kehormatan suami. Tidak menceritakan keburukan suami atau keluarga kepada orang lain.

Anak-anak adalah anugerah Allah Taala kepada suami isteri. Anak-anaklah yang mengeratkan hubungan suami isteri. Didikan yang sempurna adalah menjadi tanggungjawab ayah dan ibu supaya anak-anak menjadi insan yang berguna di kemudian hari. Yang penting anak-anak soleh yang dapat mendoakan kesejahteraan apabila kita tiada nanti.

Semua mengharapkan untuk mendapat kebahagiaan dalam rumahtangga. Tetapi bahagia perlu dicari bukan mengharap sahaja. Bahagia yang sebenar adalah yang mendapat keredhaan daripada Allah Taala. Berusahalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kekayaan dan kebendaan bukanlah kebahagiaan. Walaupun ia alat untuk kesenangan hidup tetapi bahagia yang sebenar adalah mendapat keberkatan dalam hidup berumahtangga.

Mohamad Khir
29/12/2013

No comments:

Post a Comment