Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Amaran Banjir Kedua di Kuantan

Jalan Kuantan-Maran berhampiran Bukit Gambang Resort dinaiki air pada jam 4.30 petang 10 Jan 2014.

Hujan berterusan pada hari ini mengundang kebimbangan penduduk di sekitar Kuantan, Pahang kerana berkemungkinan banjir kali kedua akan melanda kawasan tersebut. Paras air Sungai Kuantan telah naik ke paras 1.7m berbanding paras bahaya 3.0m. Berita terbaru pada petang tadi  jam 3 petang pekan Sungai Lembing telah dinaiki air setinggi 0.5m. 

Jalan Kuantan - Maran berhampiran Bukit Gambang Resort ditutup kepada kenderaan ringan kerana paras air telah berada pada 0.6m. Namun, tiada laporan mengenai penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. 

Amaran telah dikeluarkan paras air Sg Kuantan di Bukit Kenau kini berada pada paras 19.78m menghampiri paras bahaya 20m. Semua penduduk diminta bersiap sedia untuk menghadapi banjir kedua jika hujan berterusan.

Thursday, January 2, 2014

Himpunan Lebih Besar Jika Tiada Tindakan




Himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup yang telah diadakan pada malam 31 Disember 2013 lepas dianggap sebagai berjaya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Ancaman mengenai bom dan senjata tajam hanya gimik oleh pihak polis bagi menggagalkan perhimpunan tersebut.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat, perhimpunan tersebut hanyalah permulaan dan jika tiada
perubahan daripada kerajaan perhimpunan yang lebih besar akan diadakan.


Related Post:








Wednesday, January 1, 2014

Kartun Sinis: Belanja Budak Sekolah


Inilah dia realiti kos sara perbelanjaan untuk anak-anak bersekolah di Lembah Klang. RM300 - RM500 adalah jumlah yang sepatutnya ada. Kalau anak lebih dari seorang fikir-fikir kan lah. Golongan marhaen yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sangat terkesan dengan keadaan ini.

10,000 Banjiri Dataran Merdeka, Kerajaan 'Tak Terguling Pun'

Kebanjiran orang ramai memenuhi Dataran Merdeka pada malam 31 Disember 2013 bagi menyatakan kebimbangan mengenai kenaikan kos sara hidup mengundang kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Sambutan Tahun Baru 2014 anjuran DBKL.


Kumpulan perarakan yang bermula di tiga tempat berkumpul iaitu Sogo, Pasar Seni dan Masjid Jamek menyaksikan seramai 10,000 orang berarak dengan aman menuju ke Dataran Merdeka. Gerakan TURUN Kos Sara Hidup yang diketuai oleh Saudara Azan Safar menyifatkan objektif utama himpunan ini telah disalahertikan sebagai perhimpunan guling kerajaan.


Waimanya, jauh panggang dari api, tiada laungan atau tindakan yang agresif yang boleh dikatakan ganas semasa perhimpunan berlangsung. Namun begitu Konsert tersebut terpaksa dibatalkan kerana kekecohan telah berlaku di antara kumpulan perarakan dan penonton konsert. Biarlah kekecohan berlaku kerana objektif untuk menyatakan bantahan berjaya dilaksanakan.


Kenyataan polis yang mendakwa terdapat senjata tajam dan bom dalam perhimpunan tersebut ternyata meleset sama sekali.

Monday, December 30, 2013

PM Umum 11 Langkah Penjimatan Kerajaan 2014

Perdana Menteri hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penjimatan perbelanjaan kerajaan bermula 1 Januari 2014. 11 langkah yang diumumkan itu dicapai setelah rundingan diadakan di antara Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.

Pemotongan elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10 peratus di antara langkah diambil bagi mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut PM langkah itu sebagai usaha kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun hadapan.

Antara langkah-langkah lain yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
  • Elaun keraian pegawai JUSA C akan dipotong sebanyak 5 hingga 10 peratus.
  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai JUSA C dan ke atas dikurangkan sebanyak RM50 - RM100 atau 30 peratus.
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
  • Mengetatkan perlantikan juru perunding bagi projek-projek fizikal kerajaan termasuk untuk tugas feasibility study.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan dan majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  • Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam.
  • Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) semasa persidangan, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimakan pengguanaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, bengkel dan latihan.
Sumber: Bernama

PKR - Bagaimana Anak Rosmah Beli Kondo RM110 juta?

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kemampuannya sehingga didakwa berupaya membeli hartanah bernilai RM110 juta di New York.

Rafizi berkata, Riza Shahriz, 36 tahun itu perlu mendedahkan bagaimana penerbit filem itu mendapatkan wang untuk membeli hartanah mewah tersebut dan identiti rakan niaganya.
Katanya, warga Malaysia pastinya mahu mengetahui siapa rakan niaga di belakang anak isteri perdana menteri itu.

Menurut Rafizi, anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak itu, langkah berkenaan akan dapat memperbaiki persepsi orang awam terhadap keluarga perdana menteri.

Katanya, masyarakat akan mendapat gambaran mengenai kehidupan Riza Shahriz sekiranya mengetahui bagaimana wang itu diperolehi.

"Saya yakin bukan wang simpanan walaupun dia simpan dari kecil dari ibunya, jadi kita tahu siapa pelabur beliau, yang begitu bermurah hati beri wang begitu banyak," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Rafizi ketika menjawab soalan wartawan berkata tidak logik bagi seorang pegawai pelaburan bank mengumpul wang yang cukup dengan hanya bekerja seperti itu.

"Umur sebaya saya, berdasarkan pendapatan saya sendiri, saya tahu berapa banyak pendapatan beliau sebagai 'pengurus pelaburan'.

"Beliau pernah kerja di KPMG dan HSBC London, paling banyak pun, beliau dapat GBP100,000 setahun, bulanan lebih kurang GBP8,000.

"Jika tolak pelan kesihatan, cukai pendapatan mungkin maksimum dapat jimat GBP3,000 pound sebulan, lebih kurang RM 150,000 setahun.
"Beliau kerja lapan tahun jadi terkumpul sepatutnya RM1.5 juta bukan RM110 juta," kata beliau.

Laporan laman Sarawak Report menyebut, anak lelaki Rosmah  daripada perkahwinan terdahulu itu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York itu pada 19 November tahun lalu.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Sumber: Malaysiakini.com

Gerakan TURUN Kos Sara Hidup



1. Waktu ini kecoh diperkatakan mengenai himpunan yang akan diadakan untuk mengguling kerajaan pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Media arus perdana dan kerajaan sibuk menayangkan berita-berita pertubuhan sama ada parti politik atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis membantah perhimpunan tersebut diadakan.

2. Sehingga artikel ini ditulis, polis mengesahkan menerima lebih 1000 laporan polis berhubung protes guling tersebut. Polis akan bertindak untuk menahan dan menangkap individu yang nekad mengadakan himpunan guling kerajaan tersebut dan berdepan hukuman 20 tahun penjara. Itu kata polis lah.

3. Himpunan untuk guling kerajaan sedia ada dan himpunan untuk protes kenaikan kos sara hidup ialah dua perkara berbeza. Jauhnya seperti langit dan bumi. Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) ialah sebuah gerakan yang dipelopori oleh golongan anak muda untuk protes hal kesengsaraan hidup yang dialami oleh negara kita sekarang ini. Gerakan ini bukan pertubuhan mana-mana di bawah parti politik atau NGO tetapi satu platform yang mengajak orang ramai turun berhimpun untuk menyatakan bantahan kenaikan kos sara hidup di atas tindakan polisi-polisi kerajaan yang berat sebelah dan tidak adil dan membebankan rakyat.

4. Himpunan guling kerajaan yang diwar-warkan oleh media arus perdana terutamanya kerajaan menganggap sebaliknya. Kenyataan yang paling ekstrem pun dibuat oleh seorang pemuda di Sarawak dalam facebooknya yang nyata mengajak orang untuk menggulingkan kerajaan. Budak tu pun dah kena tangkap dan disoal siasat.

5. Saudara Azan Safar, Pengerusi Gerakan TURUN turut disoal siasat oleh polis tetapi telah dibebaskan kerana ternyata gerakan yang ingin dilaksanakan bukan untuk mengguling kerajaan.

Photo

6. Kenaikan harga petrol, gula, tol (Januari 2014), tarif elektrik (Januari 2014) dan GST (pada 2015) menyebabkan kenaikan kos sara hidup yang tidak sepadan dengan pendapatan. Golongan yang teruk menerima tempias ialah golongan menengah dan bawahan. Golongan marhaen ini yang rata-rata pendapatan di bawah RM3000  amat terasa beban hidup terutama mereka yang menetap di bandar-bandar.

7. Kerajaan tanpa berfikir panjang telah meragut kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi tegar yang masih dibuai mimpi indah janji manis dalam manifesto mereka dalam Pilihanraya Umum 2013 yang lalu yang ternyata adalah tipu belaka.

8. Langkah kerajaan yang meletakkan beban kepada rakyat bagi menampung duit yang tidak cukup dan hilang dalam kantung kerajaan adalah satu langkah silap yang dijangka akan menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan pada pilihanraya akan datang.

9. Mana taknya, duit yang ada telah digunakan dalam PRU13 dan sekarang tibalah masa untuk ambil balik apa yang telah diberi kepada rakyat. Ketirisan dalam akaun yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara dipandang sepi yang mana objektifnya ialah untuk menutup kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin-pemimpin negara.

10. Ayuh kita bangun menyatakan sokongan bagi gerakan ini. Nyatakan ketidakpuashatian anda dengan sama-sama turun berhimpun untuk protes kenaikan kos sara hidup dan bukannya untuk guling kerajaan.

Mohamad Khir
30/12/2012